SEORANG juruterbang yang mengendalikan penerbangan dari Phuket ke Delhi pada 4 Ogos lalu dipercayai positif dadah sejurus pesawat dipandunya dilanda gelora udara (turbulens) teruk.Keputusan itu bagaimanapun belum disahkan secara rasmi memandangkan satu lagi ujian susulan masih menanti keputusan penuh.Menurut sumber, juruterbang Air India berkenaan dikesan positif bahan psikoaktif menerusi saringan yang dijalankan sebaik sahaja mendarat di Delhi.Syarikat penerbangan Air India bagaimanapun memaklumkan pihaknya belum menerima keputusan rasmi dan enggan mengulas lanjut buat masa ini. Kedua-dua juruterbang penerbangan berkenaan turut dikeluarkan daripada jadual penerbangan sementara siasatan selesai.Penerbangan AI2379 yang membawa 137 penumpang dan lapan kru itu dilanda turbulens teruk serta mengalami kehilangan altitud secara mendadak ketika dalam perjalanan dari Phuket ke Delhi.Kejadian itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 penumpang dan empat anak kapal cedera, dengan dua daripada kru penerbangan mengalami kecederaan serius pada bahagian tulang belakang.Pihak berkuasa penerbangan India kini sedang menjalankan siasatan terperinci, termasuk meneliti data perakam penerbangan serta perakam suara kokpit (black box).Menurut peraturan penerbangan India, jika seseorang kru didapati positif dadah buat kali pertama, mereka perlu menjalani pemulihan dan hanya boleh kembali bertugas selepas lulus ujian susulan.-Agensi