SEORANG lelaki berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa tergamak merogol anak tirinya sehingga mangsa hamil.Perbuatan keji suspek akhirnya terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun mengadu mengalami sakit perut berpanjangan. Mangsa yang dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dikejutkan dengan pengesahan doktor bahawa dia sebenarnya sedang hamil tujuh bulan.Selepas didesak ibunya, mangsa akhirnya membuka mulut mengenai penderitaan berterusan yang dialaminya.Dakwa mangsa, dia bukan sahaja dirogol berulang kali, malah turut diugut agar tidak mendedahkan hal itu.Dia kemudian dibawa ke balai polis oleh ibunya sebelum suspek ditahan susulan laporan yang dibuat.Kes disiasat mengikut seksyen berkaitan di bawah Kanun Keseksaan India serta Akta Perlindungan Kanak Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).Menurut polis, ibu mangsa berkahwin dengan suspek 10 tahun lalu selepas berpisah dengan suami pertamanya.Mangsa tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di sebuah kediaman di Gujerat. - Agensi.