suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katil empuk ‘memanggil-manggil’, pemuda pecah masuk rumah orang tertidur keletihan lepas geledah bilik dan almari baju

Niat nak mencuri bertukar padah selepas seorang lelaki tewas akibat keletihan lalu tertidur di dalam rumah mangsa.

TINDAKAN seorang pemuda memecah masuk sebuah rumah kosong berakhir dengan duka apabila dia ditahan polis selepas kantoi tertidur di atas katil rumah berkenaan.

Lelaki berusia 21 tahun dikenali sebagai IM itu dipercayai menceroboh rumah tersebut pada awal pagi Selasa

Menurut polis, suspek pada awalnya cuba memecahkan pintu belakang menggunakan pengumpil namun gagal.

Susulan itu dia memecahkan cermin aliran udara bilik air untuk menceroboh masuk.

Selepas berjaya masuk, IM dipercayai menggeledah beberapa bilik dan membuka almari bagi mencari barangan berharga.

Bagaimanapun, 'misi' mencurinya terbantut apabila dia dikatakan terlalu letih sebelum tertidur di atas katil salah sebuah bilik.

Kejadian lucu tapi cemas itu terbongkar apabila pemilik rumah, Muhammad Aulia Shandi, 26, tiba sekitar pukul 8.30 pagi untuk membersihkan serta memeriksa kediamannya yang tidak didiami di Lampung, Indonesia.

Aulia terkejut apabila mendapati beberapa ruang rumah dalam keadaan berselerak sebelum menemukan IM sedang nyenyak tidur di atas katil.

Bukannya mengejutkan lelaki terbabit, Aulia mengambil langkah selamat dengan keluar dari bilik dan mengunci pintu dari luar sebelum meminta bantuan penduduk setempat.

Penduduk kemudian mengepung rumah berkenaan sementara menunggu polis tiba.

Apabila terjaga, IM tidak dapat melarikan diri dan akhirnya ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada anggota polis Gadingrejo. 

Siasatan awal mendapati IM dipercayai baru pulang selepas minum tuak bersama rakan-rakannya di sebuah kawasan rehat sebelum melihat rumah kosong berkenaan.

Polis turut merampas pengumpil yang dipercayai digunakan untuk cuba memecahkan pintu belakang.

IM kini ditahan bagi membantu siasatan dan berdepan pertuduhan di bawah Pasal 477 KUHP berkaitan kesalahan mencuri dengan pemberatan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun. -Agensi

Artikel Lain