suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atuk gatal kemaruk nak bercinta! Warga emas 81 tahun ditahan menghendap ‘crush’ seusia

Menghendap merupakan perbuatan jenayah. -Gambar hiasan AI

CINTA bertepuk sebelah tangan akhirnya memakan diri apabila seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas didakwa menghendap dan mengganggu seorang wanita seusianya.

Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 81 tahun itu dipercayai bertandang ke kediaman wanita berkenaan pada Isnin dan Rabu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa sebenarnya sudah membuat aduan kepada polis kerana mendakwa lelaki tersebut berterusan mengganggunya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bandar Tome, Wilayah Miyagi di Jepun.

Polis kemudian mengeluarkan amaran lisan kepada suspek agar tidak lagi menghubungi atau menghampiri mangsa.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan didakwa gagal mematuhi amaran tersebut sebelum ditahan kerana disyaki melanggar Akta Anti-Menghendap Jepun.

Kes itu kini disiasat oleh pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain