suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tandas OKU jadi ‘port’ cuci superbike! Ramai geram pemuda salah guna fasiliti awam

Tindakan pemuda mencuci motosikal di dalam tandas OKU dikecam ramai.

TINDAKAN seorang lelaki mencuci motosikal berkuasa tinggi di dalam tandas awam mengundang kecaman ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi rakaman video yang tersebar, sebuah motosikal berwarna putih dilihat diletakkan di dalam ruang tandas orang kurang upaya (OKU), manakala lelaki berkenaan dengan selamba menyembur air untuk membersihkan kenderaannya.

Individu yang merakam kejadian itu [Tonton Video] turut mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan membawa masuk kenderaan ke dalam fasiliti awam di Kent Ridge Park di Singapura.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan tandas awam sepatutnya digunakan oleh orang ramai untuk tujuan kebersihan diri, bukannya dijadikan 'pusat cuci kenderaan'.

Selain menyalahgunakan kemudahan awam, perbuatan itu juga disifatkan boleh membahayakan pengunjung lain kerana risiko lantai licin yang boleh menyebabkan tergelincir.

Sebahagian pengguna media sosial turut mencadangkan agar motosikal itu dibersihkan di kawasan parkir atau lokasi yang lebih sesuai.

Sementara itu, pihak National Parks Board (NParks) memaklumkan mereka menyedari video yang tular itu dan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain