suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal depan restoran makanan segera... Pempengaruh maut ditembak ketika ‘live’ TikTok

Rakaman menunjukkan mangsa ditembak dua individu menaiki motosikal.

SEORANG pempengaruh maut ditembak ketika sedang melakukan siaran langsung di hadapan sebuah restoran makanan segera.

Kejadian pada Selasa itu berlaku di bandar Culiacán, Sinaloa, Mexico.

Berdasarkan laporan, Cesar Gastelum yang memiliki lebih 600,000 pengikut di TikTok dipercayai diserang dua individu bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Menerusi rakaman kejadian yang dilihat agensi berita Reuters, kedua-dua suspek menghampiri mangsa sebelum melepaskan tembakan.

Kematiannya disahkan seorang pegawai keselamatan Sinaloa, selain memaklumkan operasi keselamatan berskala besar sedang dijalankan bagi memburu individu terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer cantik maut ditembak ketika ‘live’ TikTok, rupanya sesuatu berlaku sebelum kejadian

Kematian Cesar membuatkan Kabinet Keselamatan Persekutuan Mexico mengeluarkan kenyataan bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan serangan tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa hantaran mangsa di media sosial.

Menurut pihak berkuasa, terdapat hantaran yang dibuat Cesar didakwa menyebut mengenai salah satu puak kumpulan jenayah di negara berkenaan.

Bagaimanapun, perkara itu masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan ia sebagai motif sebenar pembunuhan tersebut.

Pihak berkuasa persekutuan bersama Pejabat Pendakwa Raya Sinaloa kini sedang meneliti rakaman kamera pengawasan serta bukti lain bagi mengenal pasti suspek.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum turut menegaskan bahawa siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Pelaku sebenar dan sekiranya ada dalang di sebalik kejadian ini mesti ditangkap. Motif pembunuhan tragis tersebut juga perlu dikenal pasti," katanya pada Rabu. -Agensi

Artikel Lain