suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nak pinjam RM11,000 tak dapat, anggota polis tamatkan riwayat jiran warga emas... Siap curi subang harga RM600!

Pelaku kes pembunuhan bakal berdepan dengan hukuman berat jika didapati bersalah. -Gambar hiasan

BERANG permohonan meminjam wang berjumlah 50 juta rupiah (kira-kira RM11,432) ditolak, seorang anggota polis tergamak membunuh wanita warga emas berusia 70 tahun.

Bukan itu sahaja, suspek berusia 23 tahun yang bertugas di Unit Rondaan dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Deli Serdang itu turut tergamak melarikan anting-anting milik mangsa.

Ketua Polis Deli Serdang, Hendria Lesmana berkata, suspek yang tinggal hanya beberapa meter dari rumah mangsa di Desa Punden Rejo, dekat Tanjung Morawa, Sumatera Utara, datang ke kediaman warga emas itu pada kira-kira pukul 2 pagi, 31 Julai lalu untuk meminjam wang.

"Mangsa mengenali suspek, lalu membenarkannya masuk ke dalam rumah. Namun permintaan meminjam 50 juta rupiah tidak dapat dipenuhi," katanya.

Menurutnya, penolakan itu dipercayai mencetuskan kemarahan suspek yang terlebih dahulu memukul mangsa sebelum menikamnya menggunakan pisau yang dibawa dari rumah.

Mangsa sempat menjerit ketika diserang, namun suspek yang panik terus menikamnya sehingga meninggal dunia sebelum melarikan anting-anting mangsa yang dianggarkan bernilai tiga juta rupiah (kira-kira RM686).

Mahu mengaburi mata pihak berkuasa, suspek dilaporkan tetap hadir bertugas seperti biasa pada keesokan harinya.

Walau bagaimanapun, jenayah tersebut terbongkar selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sebelum menyoal siasat suspek, yang akhirnya mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Polis percaya suspek bertindak bersendirian dan motif pembunuhan berkait dengan masalah hutang yang dihadapinya.

Suspek kini didakwa mengikut Pasal 458 Ayat (3) juncto Pasal 459 Kanun Keseksaan Indonesia, selain Pasal 479 sebagai pertuduhan subsidiari.

Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman maksimum iaitu hukuman mati. -Agensi

Artikel Lain