suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengah syok layan Spider-Man, penonton tiba-tiba lari keluar pawagam! Rupanya loya bau ‘angin beracun’

Ratusan penonton berkumpul di koridor luar pawagam sementara menunggu keadaan kembali pulih. -Foto media sosial

TAYANGAN filem Spider-Man: Brand New Day di sebuah pawagam di Cartagena, Colombia bertukar kecoh apabila penonton terpaksa meninggalkan panggung gara-gara bau kentut yang terlalu kuat.

Kejadian yang berlaku pada 2 Ogos lalu di pawagam Cine Colombia, dalam pusat beli-belah Plaza Bocagrande itu menyaksikan suasana tayangan terganggu teruk apabila bau meloyakan itu mula memenuhi segenap ruang panggung.

Menurut laporan media tempatan, ratusan penonton terpaksa berkumpul di koridor luar sementara menunggu bau busuk berkenaan hilang dan keadaan kembali pulih.

Rakaman video yang tular di media sosial turut memaparkan orang ramai berdiri di luar panggung, termasuk seorang individu yang memakai kostum Spider-Man.

Walaupun pihak pawagam tidak membatalkan tayangan secara rasmi, majoriti penonton memilih untuk ‘angkat kaki’ dan pulang awal kerana tidak sanggup lagi bertahan dalam panggung.

Sehingga kini, ‘pelaku’ utama yang menjadi punca pencemaran bau itu masih gagal dikenal pasti.

Namun, timbul spekulasi dalam kalangan penonton bahawa bau keterlaluan itu mungkin berpunca daripada tindakan prank, atau ada individu yang tidak sempat berlari ke tandas.

Insiden itu turut mencetuskan pelbagai reaksi  melucukan dalam kalangan netizen.

"Sudah tiada rasa hormat. Tetapi saya tak sangka ada orang boleh menyebabkan satu dewan pawagam terpaksa dikosongkan.

"Entah apa yang dimakan individu itu sehingga boleh membuatkan seluruh pawagam berbau begitu," demikian antara komen warga maya.

Filem terbaharu dalam francais adiwira Marvel itu sekali lagi menampilkan pelakon Britain, Tom Holland, sebagai watak utama.

Menariknya, naskhah berkenaan berjaya meraih AS$360 juta (kira-kira RM1.47 bilion) sekali gus mencipta sejarah mencatat kutipan pembukaan hujung minggu tertinggi sepanjang zaman di pawagam domestik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. -Agensi

Artikel Lain