suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru diseret sebelum maut ditikam 20 kali lelaki bertopeng

Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki bertopeng menyerang guru wanita.

SEORANG guru wanita maut selepas diseret keluar dari bilik darjah sebelum ditikam berulang kali oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di sebuah sekolah swasta pada Isnin.

Mangsa yang berusia 30 tahun dan merupakan ibu kepada dua anak disahkan meninggal dunia selepas mengalami sekurang-kurangnya 18 hingga 20 kesan tikaman di bahagian leher dan dada.

Menurut polis, suspek menutup wajahnya dengan kain putih sebelum memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama antara pukul 9.30 hingga 9.40 pagi dan menunggu mangsa.

Kejadian dilaporkan berlaku di Faridabad, Haryana di India.

Ketua Balai Polis Sektor 58 Faridabad, Inspektor Kewal Singh berkata, sebaik mangsa keluar dari bilik darjah, suspek terus menyeretnya sebelum menikamnya berkali-kali menggunakan sebilah pisau.

Beliau berkata, suspek turut menghalau rakan-rakan mangsa yang cuba membantu sebelum terus menyerang mangsa sehingga rebah.

Mangsa dikejarkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Al-Falah, namun disahkan meninggal dunia.

Suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian, manakala polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti dan mengesannya.

Kes sedang disiasat dan motif serangan masih belum didedahkan.-Agensi

Artikel Lain