SEORANG lelaki ditahan polis selepas dipercayai menyebabkan kemalangan apabila merempuh bahagian belakang sebuah kereta pada Sabtu.Supsek berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembinaan ditahan atas dakwaan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan serta memandu tanpa lesen sah. Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi Sabtu ketika kenderaan dipandu suspek melanggar sebuah kereta yang sedang keluar dari kawasan parkir sebuah kedai serbaneka.Kemalangan itu menyebabkan seorang lelaki dan seorang wanita yang berada dalam kenderaan terbabit mengalami kecederaan ringan.Kejadian dilaporkan berlaku di Izumi Ward, Yokohama di Jepun.Hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu dan didapati memandu secara haram selama 30 tahun.Ketika disoal siasat, suspek memberitahu polis bahawa dia pernah mengikuti latihan mendapatkan lesen ketika berusia 20-an, namun gagal dalam ujian dan tidak meneruskan usaha itu."Saya pergi ke pusat latihan lesen ketika berusia 20-an tetapi tidak lulus, kemudian saya biarkan sahaja," katanya. -Agensi