suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami ‘gila’ ditahan polis, tergamak paksa isteri layan nafsu lelaki lain

Suspek berusia 36 tahun ditahan polis pada Khamis. -Gambar Polis Padang

SEORANG lelaki berusia 36 tahun ditahan polis selepas didakwa memaksa dan mengugut isterinya untuk melayani nafsu lelaki lain.

Menurut polis, kes itu terbongkar selepas mangsa sendiri berani membuat laporan pada Khamis.

"Suspek dipercayai melakukan perbuatan melanggar undang-undang apabila memaksa isterinya melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain.

"Selain itu, dia juga mengacam dan membuat ugutan sekiranya mangsa tidak mengikut kehendaknya," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang, Kompol M Yasin.

Kes dilaporkan berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.

Ugutan berkenaan menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi dan ketakutan sehingga terpaksa menuruti kehendak suaminya walaupun bertentangan dengan kemahuannya.

Bagaimanapun, mangsa akhirnya memilih mendapatkan perlindungan undang-undang selepas tidak lagi mampu menanggung tekanan tersebut.

Suspek kini telah ditetapkan sebagai orang kena tuduh dan polis menggunakan beberapa peruntukan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga serta kesalahan jenayah lain.

Antara pertuduhan yang dikenakan adalah mengikut Seksyen 46 Akta Nombor 23 Tahun 2004 mengenai Penghapusan Keganasan Dalam Rumah Tangga, bersama Seksyen 473 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai Kanun Jenayah (KUHP).

Kompol M Yasin berkata, pihak polis bukan sahaja menjalankan penguatkuasaan undang-undang, malah turut memberi perlindungan kepada mangsa terutama dalam kes melibatkan keganasan rumah tangga.-Agensi

Artikel Lain