suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa saksi anak hembus nafas terakhir, dakwa bekalan oksigen dalam ambulans habis sebelum sampai hospital

Kecekapan dan tindakan pantas petugas perubatan dalam memberikan bantuan segera mampu menyelamatkan nyawa pesakit. -Gambar hiasan

SEORANG bapa terpaksa menyaksikan anak lelakinya yang berusia 21 tahun menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan, selepas mendakwa bekalan oksigen dalam kenderaan itu habis di pertengahan jalan.

Kejadian yang berlaku pada 27 Julai lalu itu tular di media sosial selepas video insiden tersebut tersebar pada Jumaat.

Mangsa, Ajit Baraiya, 21, dari sebuah kampung di daerah Mandla, Madhya Pradesh, India, dilaporkan perlu menjalani rawatan dialisis secara berkala di hospital.

Menurut laporan media tempatan, bapa Ajit menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan komuniti di Bamhani, selepas keadaan kesihatan anaknya merosot.

Namun lelaki itu mendakwa anaknya tidak diberikan bantuan oksigen sepanjang perjalanan walaupun mengalami kesukaran bernafas.

Pusat kesihatan meminta Ajit dirujuk ke hospital daerah, namun bekalan oksigen dalam ambulans itu dikatakan habis ketika dalam perjalanan.

Pemuda itu akhirnya meninggal dunia dalam dakapan bapanya sebelum sempat tiba di hospital.

"Anak saya meninggal dunia selepas tercungap-cungap dalam ambulans. Bekalan oksigen habis kira-kira tiga kilometer sebelum sampai ke hospital," kata bapa Ajit kepada media.

Lelaki itu turut mendakwa anaknya mungkin masih boleh diselamatkan sekiranya bekalan oksigen mencukupi sepanjang perjalanan.

Susulan kejadian tersebut, pihak pentadbiran tempatan melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Pegawai Perubatan dan Kesihatan Utama daerah, Dr D J Mohanty, berkata sebuah jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada empat anggota telah ditubuhkan selepas perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Jawatankuasa berkenaan diminta mengemukakan laporan secepat mungkin supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab," katanya. -Agensi

Artikel Lain