suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyamar sebagai doktor gigi sejak usia 18 tahun, lelaki ditahan ketika pasang ‘braces‘ pesakit

Suspek ditahan ketika sedang memasang pendakap gigi kepada pelanggan. -Gambar Polis Thailand

SEORANG lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas didakwa menjalankan perkhidmatan pergigian tanpa lesen pada Khamis.

Ketika serbuan lelaki dikenali sebagai Kai itu sedang memasang pendakap gigi terhadap seorang wanita berusia 19 tahun bersama dua pembantunya.

Serbuan dilakukan pihak polis bersama pegawai kesihatan tempatan di sebuah klinik pergigian dalam bangunan komersial di daerah Muang di di Buri Ram,Thailad.

Ketua Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Buri Ram, Dr Yutthana Suriya berkata, tindakan itu diambil susulan aduan awam mengenai klinik berkenaan yang menawarkan rawatan pergigian tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa turut merampas ubat, bahan bius dan peralatan pendakap gigi dari premis tersebut.

Menurut pegawai kesihatan, amalan serta peralatan yang tidak bersih dan tidak mengikut piawaian boleh membahayakan pesakit termasuk risiko jangkitan darah, hepatitis serta kerosakan struktur mulut.

Pesakit berusia 19 tahun itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia menemui klinik tersebut melalui media sosial dan membuat janji temu untuk memasang pendakap gigi.

Namun, dia mula berasa curiga kerana tidak menjalani pemeriksaan X-ray sebelum rawatan dan mendapati klinik itu juga tidak mempunyai mesin X-ray.

Kai dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia tidak pernah tamat pengajian dalam bidang pergigian, tetapi mendakwa telah menjalankan klinik tersebut selama kira-kira 10 tahun. -Agensi

 

Artikel Lain