suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi cita-cita jadi pakar psikologi, remaja perempuan sanggup ikut ibu tunggal jadi buruh... Pikul 10 batu bata sekali jalan!

Dua beranak ini gigih bekerja sebagai buruh binaan demi mengumpul wang bagi membiayai yuran pengajian. -Foto Baidu

DEMI mengumpul wang bagi membiayai yuran pengajian, seorang remaja perempuan sanggup bekerja mengangkat batu bata di tapak pembinaan bersama ibunya sejurus selesai menduduki peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan (gaokao).

Remaja dikenali sebagai Yuanyuan itu mengambil keputusan membantu ibunya bekerja sebagai buruh binaan selepas menduduki peperiksaan pada Jun lalu bagi mengumpul wang untuk menyambung pengajian.

Menurut portal tempatan, Yuanyuan bekerja bersama ibunya, Wei Yungui, 40, di sebuah tapak pembinaan di wilayah Guangdong, China.

Wei merupakan ibu tunggal dan sudah 16 tahun bekerja sebagai buruh binaan bagi menyara dua anaknya yang tinggal di daerah Qidong, wilayah Hunan.

Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan ibu dan anak itu gigih menggalas timbunan batu bata di bahu sambil menaiki tangga menuju ke tingkat atas bangunan.

Difahamkan, Yuanyuan mampu membawa 10 ketul batu bata bagi setiap perjalanan, manakala ibunya memikul kira-kira 40 ketul.

Wei berkata mereka memperoleh 20 yuan (kira-kira RM12) bagi setiap pusingan kerja, iaitu empat yuan untuk Yuanyuan dan 16 yuan bagi dirinya.

Pada mulanya, Wei tidak membenarkan anaknya bekerja kerana bimbang dengan kerja berat itu, namun akhirnya mengalah selepas Yuanyuan berkeras mahu membantu.

Menurut Wei, pengalaman bekerja di tapak pembinaan membuatkan anaknya lebih memahami kesusahan dan pengorbanan dilaluinya selama ini.

Wei turut memaklumkan keputusan gaokao serta nama universiti yang bakal disertai Yuanyuan tidak didedahkan kepada umum demi menjaga privasi keluarga.

Bagaimanapun, katanya, keputusan yang diperoleh anaknya itu melayakkan Yuanyuan memasuki sebuah universiti, selain berhasrat untuk mengikuti pengajian dalam bidang psikologi.

Portal itu turut melaporkan yuran tahunan di universiti awam di China dianggarkan sekitar 5,000 yuan (kira-kira RM3,000), namun jumlah wang diperlukan Yuanyuan untuk melanjutkan pengajian tidak didedahkan. -Agensi

Artikel Lain