suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam tak ada hati perut! Halang budak ke tandas, guru tadika bertindak liar tekap pisau panas pada bahagian sensitif

Kecewa aduan mereka tidak diendahkan pihak sekolah, bapa mangsa akhirnya membuat laporan polis demi menuntut keadilan.

SATU laporan polis pertama (FIR) dibuat terhadap seorang cikgu, guru besar dan pihak pengurusan sebuah sekolah selepas seorang murid lelaki berusia lima tahun didakwa mengalami kecederaan pada bahagian alat sulit.

Menurut laporan portal berita tempatan, tindakan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di sebuah sekolah swasta apabila kanak-kanak berkenaan dipercayai dihukum secara kejam akibat terkencing di dalam seluar.

Difahamkan, murid tadika di Sareen Soni Play School, Varanasi, India itu pulang ke rumah dan mengadu sakit pada bahagian sensitif berkenaan selepas kejadian yang berlaku pada 24 Julai lalu.

Pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh ibu mangsa kemudiannya mendapati terdapat kesan melecur yang membimbangkan pada bahagian alat sulit kanak-kanak tersebut.

Pada keesokan harinya, ibu bapa mangsa hadir ke sekolah untuk membuat aduan kepada guru besar dan pihak pengurusan, namun mendakwa tiada tindakan diambil.

Susulan itu, bapa mangsa, Kesari Jaiswal membuat laporan polis sebelum kes didaftarkan di Balai Polis Lalpur-Pandeypur dan siasatan dijalankan.

Jelas si bapa, tindakan kejam terhadap anaknya itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit terkencing di dalam seluar gara-gara tidak dibenarkan menggunakan tandas oleh seorang guru yang dikenali sebagai Preeti Kushwaha.

Menurut aduan, guru itu didakwa membawa kanak-kanak berkenaan ke sebuah bilik lain sebelum memanaskan sebilah pisau di atas dapur gas dan menggunakannya untuk membakar bahagian alat sulit mangsa.

Pihak polis memaklumkan kes kini sedang disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS), termasuk menyebabkan kecederaan dengan sengaja di bawah Seksyen 115(2), menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 118(1), serta ugutan jenayah di bawah Seksyen 351(2). -Agensi

Artikel Lain