suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu ‘megah‘ di udara, kini terbaring di kaki lima! Bekas juruterbang hidup merempat, ditinggalkan isteri selepas muflis

Lelaki itu didakwa mengaku muflis dan tidak mampu membiayai rawatannya sendiri. -Facebook Prathueang Tippawong

NASIB bekas juruterbang yang hidup sebagai gelandangan selepas muflis mengundang perhatian ramai apabila ditemui dalam keadaan uzur dan mengalami kecederaan serius pada kedua-dua kaki.

Kisah itu didedahkan seorang lelaki Thailand menerusi Facebook, Prathueang Tippawong pada Rabu selepas menjumpai mangsa di bawah stesen keretapi transit bertingkat, Stesen BTS Ploen Chit. 

Menurut pengawal keselamatan sebuah kondominium berhampiran, lelaki itu berada di kawasan berkenaan sejak Isnin dan beberapa individu sebelum ini sudah cuba membantu, namun dia enggan ke hospital.

Mangsa kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Larry Malpaya, 58, warga Filipina yang sudah hampir 20 tahun menetap di Thailand. 

Dia berkata, perkahwinannya dengan wanita tempatan berakhir dengan perceraian sebelum kehidupannya berubah.

Larry mengesahkan dia pernah bekerja sebagai juruterbang, namun muflis selepas mengalami kerugian akibat pelaburan dalam pasaran saham. 

Dia juga mengakui menolak rawatan kerana tidak mempunyai wang, insurans kesihatan atau dokumen pengenalan diri.

Menghidap diabetes, Larry hanya meminta Prathueang untuk membeli air minuman dan ubat herba dari kedai serbaneka berhampiran. 

Menurut perkongsian lelaki Thailand itu, dia kemudian membelikannya air, roti dan ubat tahan sakit buat Larry.

Ketika berada di lokasi, Prathueang bertemu wakil sebuah NGO yang mengatur bantuan perubatan sebelum Larry akhirnya bersetuju dihantar ke hospital. 

Prathueang turut mendakwa menjumpai laporan menyebut Larry pernah menyertai misi penerbangan khas secara sukarela ketika awal pandemik Covid-19.

Media tempatan melaporkan NGO itu kini bekerjasama dengan Kedutaan Filipina dan pihak berkuasa berkaitan bagi mengesahkan identitinya sebelum bantuan lanjut disalurkan. -Agensi

Artikel Lain