suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letih bergaduh sepanjang malam, gadis 20 tahun nekad ‘lari’ ikut balkoni tingkat 18! Mujur pokok jadi ‘penyelamat’

Gadis dikenali sebagai Xiaoyi terselamat selepas terjatuh dari tingkat 18 apartment yang didiami bersama teman lelaki. -Foto Sina

MAHU lari daripada pertengkaran berlarutan dengan teman lelaki, seorang wanita berusia 20 tahun bagaikan mendapat peluang kedua apabila terselamat walau terjatuh dari balkoni apartmen tingkat 18 yang didiaminya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, 12 Julai lalu di Jiaxing, wilayah Zhejiang, China, mangsa yang hanya dikenali sebagai Xiaoyi dikatakan bertengkar selama beberapa jam dengan teman lelakinya di rumah sewa mereka sebelum terjatuh dari bahagian balkoni.

Menurut laporan Xiaoxiang Morning Herald, Xiaoyi bernasib baik apabila sebatang pokok 'menahannya' sebelum dia terjatuh di kawasan semak berhampiran, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Panik dengan kejadian itu, teman lelakinya terus membawa Xiaoyi ke hospital dan menjelaskan kos rawatan awal sebanyak 20,000 yuan (kira-kira RM12,000).

Pemeriksaan doktor mendapati Xiaoyi mengalami kecederaan serius termasuk pada bahagian kepala, paru-paru, hati dan limpa.

Selain itu, tulang pelvis, tulang kemaluan serta kedua-dua belah kakinya juga patah.

Mangsa dilaporkan menjalani tiga pembedahan sebelum keadaannya kembali stabil.

Selepas sedar, Xiaoyi mendedahkan bahawa tindakannya itu bukan kerana mahu menamatkan riwayat hidup, sebaliknya dia hanya mahu melarikan diri daripada teman lelakinya.

Bapa saudaranya yang dikenali sebagai Li berkata, anak saudaranya itu sudah beberapa kali bertengkar dengan teman lelaki sebelum kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, selepas berlaku satu lagi pertengkaran pada malam 11 Julai, teman lelakinya didakwa merampas kad pengenalan dan telefon bimbit Xiaoyi serta mengunci pintu rumah bagi menghalangnya daripada keluar.

"Anak saudara saya berkata dia berasa pening selepas bergaduh sepanjang malam. Ketika itu, satu-satunya perkara yang bermain di fikirannya ialah melarikan diri dari apartmen tersebut dan meninggalkan teman lelakinya," kata Li.

Li turut memaklumkan bahawa Xiaoyi amat menyesali tindakannya yang dilakukan secara terburu-buru.

Kisah Xiaoyi menjadi perhatian warga maya selepas keluarganya mendapatkan bantuan media kerana berdepan masalah kewangan bagi membiayai kos rawatan yang tinggi.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut. -Agensi

Artikel Lain