suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat diusung ke dewan bersalin, wanita lahirkan bayi atas motosikal

Tangkap layar (screenshot) daripada video yang tular memaparkan seorang wanita dibantu kakitangan hospital sebaik melahirkan bayinya di atas motosikal.

SEORANG wanita mencuri perhatian ramai apabila melahirkan bayi lelakinya di belakang sebuah motosikal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku di wilayah Thai Nguyen, Vietnam.

Menurut laporan media tempatan, VnExpress, wanita berusia 25 tahun itu mula mengalami sakit perut pada Isnin (3 Ogos) sebelum suaminya segera membawanya ke sebuah hospital dengan menunggang motosikal.

Difahamkan, wanita tersebut sedang hamil 32 minggu.

Beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan wanita itu dibantu kakitangan untuk turun dari motosikal sebaik tiba di pekarangan hospital dengan tali pusat bayinya masih belum dipotong.

Kakitangan hospital kemudian bertindak pantas membantu mengangkat ibu terbabit dan membaringkannya di atas pengusung sebelum membawanya ke bilik bersalin bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Bayi lelaki yang dilahirkan itu dilaporkan mempunyai berat kira-kira 2 kilogram.

Menurut VnExpress, kedua-dua ibu dan bayi kini berada dalam keadaan sihat. -Agensi

Artikel Lain