suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melampau bagi murid makan atas tapak tangan! Pemangku guru besar digantung tugas, cikgu kontrak pula bakal dipecat

Sebarang aduan atau insiden yang melibatkan kepentingan murid perlu disiasat secara telus bagi memastikan tindakan diambil sebagai pengajaran. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN tidak bertanggungjawab menghidangkan makanan di atas tapak tangan murid tanpa menggunakan pinggan akhirnya memakan diri apabila dua tenaga pengajar di sebuah sekolah kerajaan berdepan tindakan tegas.

Insiden yang berlaku di daerah Ballia, Uttar Pradesh, India itu menyaksikan seorang pemangku guru besar digantung tugas, manakala seorang guru kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan selepas video kejadian tular di media sosial.

Pegawai Pendidikan Daerah, Manish Kumar Singh mengesahkan klip video berkenaan mula tersebar luas sejak 31 Julai lalu.

Hasil siasatan awal mendapati barisan guru serta kakitangan di sekolah terbabit gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna dalam menjaga kebajikan pelajar.

Siasatan turut mendedahkan bahawa kejadian itu sebenarnya berlaku pada 20 April lalu, manakala video tersebut dirakam menggunakan telefon bimbit milik seorang guru kontrak, Nirmala Bharti.

Pihak berkuasa mengesyaki rakaman tersebut sengaja dibuat dengan niat untuk 'mengenakan' serta menjatuhkan reputasi pemangku guru besar, Kiran Devi.

Susulan hasil siasatan, guru besar berkenaan digantung tugas serta-merta pada Selasa atas dakwaan kecuaian serius, kegagalan menunjukkan kepimpinan yang berkesan serta tidak melaporkan insiden itu kepada pegawai atasan jabatan.

Pada masa sama, satu siasatan dalaman turut dilancarkan dan jawatankuasa khas diberikan tempoh 15 hari untuk mengemukakan laporan lengkap. -Agensi

Artikel Lain