suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar meninggal dunia bergaduh dengan rakan, polis gali semula kubur selepas 3 minggu untuk siasatan

Proses bedah siasat dilakukan untuk menentukan punca sebenar kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar sebuah sekolah menengah dipercayai meninggal dunia selepas terlibat dalam pergaduhan dengan rakannya yang juga pelajar di sekolah sama.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Kes berkenaan kini disiasat Polis Wilayah (Polda) Riau bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Bagi membantu siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Am (Ditreskrimum) Polda Riau menjalankan proses menggali semula kubur mangsa di daerah Rumbai Barat, pada Khamis (5 Ogos).

Ketuanya, AKBP Abdullah Hariri berkata, menurut keputusan awal bedah siasat, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan leher yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

Hariri berkata, berdasarkan keterangan ahli keluarga, mangsa sebelum itu mengadu seluruh badannya berasa sakit sebelum dibantu abangnya ke bilik air.

Ketika itu, air kencing mangsa dilaporkan berwarna hitam, menyebabkan keluarganya segera membawanya ke Hospital Aulia di Pekanbaru untuk mendapatkan rawatan.

Hasil imbasan CT Scan mendapati mangsa mengalami lebam pada bahagian kepala serta kecederaan pada leher.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dua hari kemudian, iaitu pada Selasa, 14 Julai lalu, kira-kira pukul 6.30 petang.

"Sebelum meninggal dunia, mangsa sempat memberitahu keluarganya bahawa dia bergaduh dengan seorang rakannya yang hanya dikenali dengan inisial B. Kejadian itu berlaku di luar kawasan sekolah," katanya.

Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada dua ahli keluarga mangsa, selain pelajar yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Menurut Hariri, polis turut mengenal pasti saksi utama dan akan memanggil individu berkenaan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku secara satu lawan satu. Individu yang dilaporkan terbabit juga merupakan seorang pelajar bawah umur," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili keluarga mangsa, Leanson TM Siagian berharap siasatan dapat diselesaikan segera supaya punca sebenar kematian mangsa dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis selepas membuat laporan rasmi. -Agensi 

Artikel Lain