Faktor kewangan menjadi salah satu penyebab seseorang tergamak mengambil nyawa sendiri. -Gambar hiasan
SEORANG akauntan berusia 33 tahun maut dipercayai akibat menyedut gas helium di sebuah bilik hotel, dalam kejadian pada Rabu.Menurut polis, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan hotel yang terletak di Telangana itu, memaklumkan pelanggannya gagal memberi respons kepada ketukan berulang kali di pintu bilik. Polis yang tiba tidak lama kemudian memasuki bilik dihuni mangsa melalui tingkap sebelum menemukannya dalam keadaan tidak bernyawa. Hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja di sebuah firma audit swasta di Hyderabad itu telah membeli silinder gas helium dan peralatan berkaitan sebelum mendaftar masuk ke hotel pada Sabtu (1 Ogos).Mangsa juga dilaporkan menggunakan topeng untuk menyedut gas tersebut selepas menonton video di YouTube.Polis turut menemui nota dipercayai ditulis oleh mangsa, mengatakan dia telah memutuskan untuk menamatkan riwayat hidupnya selepas mengalami kerugian besar dalam perjudian.Sementara itu, saudara mangsa yang memberi keterangan kepada polis memaklumkan lelaki itu sememangnya ketagih judi dan sudah menjual flat didiaminya kerana masalah kewangan. Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut pihak polis. -Agensi