suria

Influencer cantik maut ditembak ketika ‘live’ TikTok, rupanya sesuatu berlaku sebelum kejadian

Marquez mempunyai hampir 200,000 pengikut Instagram dan TikTok. Foto IG/Valeria Marquez

SEORANG pempengaruh media sosial yang cantik ditembak hingga mati ketika bersiaran langsung (live) di TikTok.

Mangsa, Valeria Marquez, 23, yang merupakan warga Mexico terkenal dengan video-videonya mengenai kecantikan dan solekan.

Kematian Marquez disiasat mengikut kes feminicide, iaitu pembunuhan terhadap wanita kerana jantina, kata pendakwa raya Jalisco dalam satu kenyataan.

Menurut pihak berkuasa Mexico, pembunuhan itu boleh melibatkan keganasan yang merendahkan martabat, penderaan seksual, hubungan dengan pembunuh, atau mayat mangsa terdedah di ruang awam.

Tambah kenyataan itu, Marquez dibunuh pada Selasa di salon kecantikan tempat dia bekerja di bandar Zapopan.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang memasuki premis tersebut sebelum menembak mangsa.

Sejurus sebelum insiden, Marquez dilihat secara 'live' di TikTok, dalam keadaan sedang duduk dekat sebuah meja.

Namun tidak lama kemudian, dia ditembak sehingga mati.

Seorang individu dilihat mengambil telefon bimbitnya, dengan wajahnya dilihat menerusi siaran langsung sebelum video berakhir.

Terdahulu, Marquez yang mempunyai hampir 200,000 pengikut di Instagram dan TikTok memaklumkan seseorang datang ke salon ketika dia tidak berada di premis itu.

Individu berkenaan dikatakan datang bersama 'hadiah mahal' untuk diberikan kepadanya.

Marquez bagaimanapun tidak berhasrat untuk menunggu individu tersebut datang semula ke salon. -Agensi

 

Artikel Lain