suria

Wanita ‘naik hantu’ di majlis resepsi, terkejut dapat tahu encik tunang senyap-senyap kahwin perempuan lain!

Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi memori indah setiap pasangan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita nekad 'menyerang' dan membuat kecoh di majlis resepsi perkahwinan tunangnya selepas mengetahui dia ditipu lelaki berkenaan.

Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa pengantin lelaki masih lagi bergelar tunangnya, namun memilih mengahwini perempuan lain di Bhubaneswar, India.

Dakwanya mereka mengikat tali pertunangan dengan kehadiran kedua-dua belah keluarga sekitar Mac tahun lalu setelah menjalin hubungan sejak 2021.

"Dia amat terkejut setelah mendapat tahu tunangnya tiba-tiba menikahi wanita lain tanpa pengetahuannya.

"Lelaki berkenaan dikatakan turut mengambil wangnya dan tidak memulangkan kembali cincin pertunangan," ujar Inspektor dari Balai Polis Lingaraj, Puna Chandra Pradhan.

Bagaimanapun, bapa pengantin lelaki tampil menepis dakwaan tersebut.

"Kami telah memutuskan pertunangan. Dia dan keluarganya menyedari hal tersebut, tetapi sengaja mencari alasan untuk menghina kami di hadapan para tetamu," kata si bapa.

Polis kemudian mengesahkan laporan dibuat wanita terbabit dan keterangan kedua-dua pihak juga sudah diambil untuk tindakan lanjut. -Agensi

Artikel Lain