suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tandas 'uzur' tiba-tiba meletup, pemuda alami cedera parah

Mangsa menekan pam setelah selesai menunaikan hajat, namun mangkuk tandas tiba-tiba meletup. -Foto hiasan

TIADA angin, tiada ribut seorang lelaki melecur teruk gara-gara mangkuk tandas digunakannya meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian yang pelik dan mengejutkan itu, letupan berlaku ketika mangsa berusia 20-an menekan butang pam.

Mangsa, Ashu Nagar melecur sebanyak 35 peratus di bahagian muka dan badan dalam kejadian di Greater Noida, Uttar Pradesh, India.

Ashu tidak menggunakan sebarang telefon bimbit atau alat elektronik pada waktu kejadian.

"Saya membawanya ke wad Institut Sains Perubatan Kerajaan (GIMS) dan doktor mengesahkan tahap lecuran dialaminya," jelas ayahnya, Sunil Pradhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tak senang 'lepas hajat', mangkuk tandas tiba-tiba berasap dan terbakar sampai rentung

Sementara itu, penduduk tempatan, Harinder Bhati berkata perpaipan di kawasan itu dikatakan sudah uzur dan sudah lama tidak dicuci.

"Paip yang tertutup mengundang pengumpulan gas, yang mana boleh meletup bila-bila masa di bawah tekanan," ujarnya.

Bagaimanapun, Pengurus kanan pihak berkuasa Greater Noida, AP Verma menyangkal dakwaan terbabit sekaligus menegaskan bahawa sistem perpaipan bersih sama sekali dan berfungsi secara normal.

Dia lantas menyifatkan kebarangkalian kes berpunca daripada masalah dalaman rumah berkenaan. -Agensi 

 

 

Artikel Lain