suria

Disangka mayat dalam peti sejuk, rupanya wanita masih hidup

Mangsa didapati masih bernyawa di dalam peti sejuk beku sewaktu pemeriksaan. -Foto detikcom

INGATKAN mayat, rupanya wanita yang masih hidup di dalam sebuah peti ais. 

Wanita berusia 27 tahun itu ditemukan kaku di bawah timbunan plastik dan keluli sebuah peti sejuk yang berada dalam sebuah kontena.

Kapal yang membawa kontena tersebut selamat berlayar dari Kemboja ke Pelabuhan Hifong, Vietnam kelihatan mencurigakan kerana disyaki menyeludup organ manusia.

Apabila diperiksa, wanita yang dikenali sebagai Sri Wahyuni dari Indonesia masih hidup dan dibawa segera ke hospital untuk rawatan.

Ketua Pejabat Tenaga Kerja Jember, Suprihandoko mendedahkan sehingga kini pihaknya masih belum mendapatkan maklumat lengkap mengenai wanita berkenaan.

Bagaimanapun, warga Jember, Jawa Timur itu disyaki tidak memiliki permit yang sah sebagai pekerja.

Hasil siasatan mendapati tiada anggota Pekerja Migran Indonesia (PMI) didaftarkan atas nama Sri Wahyuni.

"Menerusi video, mangsa akhirnya mengaku menjadi PMI secara haram," ujarnya.

Kejadian itu tular di media sosial selepas ia dimuat naik ke laman YouTube dan menjadi topik perdebatan dalam kalangan warga maya.-Agensi

 

Artikel Lain