suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik pukul abang sampai mati, marah sebab tak ajak keluarga makan bersama

Adik beradik seharusnya menyayangi antara satu sama lain. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa membunuh abangnya sendiri pada petang Ahad.

Suspek, Hanafi, 33, didakwa memukul abangnya, Hermansyah, 41, gara-gara pertelingkahan kecil mengenai makanan di rumah mereka di Kabupaten Batubara, Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut Ketua Bahagian Humas Polis Batubara, Inspektor Satu Ahmad Fahmi, pergaduhan bermula apabila mangsa menjamu selera tanpa mempedulikan ahli keluarganya yang belum makan.

Hanafi didakwa memukul kepala Hermansyah dengan sebatang kayu sehingga mangsa terjatuh sebelum dia terus dibelasah menggunakan tangan.

Orang awam yang menyedari kejadian itu bertindak meleraikan pergaduhan mereka dan segera membawa Hermansyah ke hospital. 

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Hanafi yang melarikan diri berjaya diberkas polis kurang satu jam kemudian. 

Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain