suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tak senang 'lepas hajat', mangkuk tandas tiba-tiba berasap dan terbakar sampai rentung

Sebuah tandas pintar terbakar dipercayai kerana litar pintas.

TIDAK dapat dibayangkan situasi ketika hendak membuang hajat dan secara tiba-tiba api keluar dari mangkuk tandas!

Begitulah kisahnya untuk seorang lelaki di China ini apabila dia menjadi mangsa insiden kebakaran sebuah mangkuk tandas pintar yang secara mengejut meletup.

Kejadian dipercayai berlaku di wilayah Fujian dan lelaki terbabit sempat merakam apa yang berlaku serta memuat naiknya di platform media sosial.

Menurut lelaki berkenaan, ketika kejadian, dia sedang menggunakan tandas apabila asap muncul secara tiba-tiba.

Melihatkan asap semakin banyak, lelaki tersebut lantas bangun daripada tempat duduk mangkuk tandas, tandas itu kemudiannya terbakar.

Punca kejadian belum didedahkan, namun lelaki tersebut percaya bahawa ia disebabkan oleh litar pintas. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain