suria

Tragis! Kemaluan kanak-kanak terputus ketika berkhatan, berubah sikap mendadak... Bapa tuntut keadilan

Seorang bapa tiba di balai polis untuk membuat laporan tentang tragedi yang menimpa anaknya.

BERKHATAN untuk anak lelaki adalah satu perkara yang dituntut di sisi agama.

Kanak-kanak kebiasaannya akan disunatkan apabila mereka berumur sekitar 12 tahun dan momen bersejarah itu akan disambut dengan meriah.

Namun, lain ceritanya apabila kemaluan kanak-kanak ini terpotong ketika majlis berkhatan beramai-ramai di sebuah pusat kesihatan di Daerah Lahat, Sumatera Selatan, Indonesia.

Bapa mangsa yang berang hadir untuk membuat aduan bersama keluarganya di sebuah balai polis di Palembang.

Kejadian terbabit dilaporkan berlaku pada 17 Oktober lalu.

Peguambela mangsa, Fitriadi berkata kanak-kanak tersebut mengalami perubahan sikap selepas kemaluannya terputus semasa berkhatan.

“Secara psikologi kanak-kanak itu mengalami perubahan, dia sering marah dan sering menyendiri,” kata Fitriadi kepada pemberita.

Menurut keluarga kanak-kanak itu pula, berdasarkan pemeriksaan perubatan, kemaluan yang sudah terpotong tersebut tidak boleh disambung semula.

Sementara itu bapa budak itu, Alex Musriawan berharap akan ada keadilan untuk anaknya.

“Kami meminta keadilan. Kes ini diserahkan sepenuhnya kepada peguam,” jelasnya. - Berita Satu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi