suria

Persenda solat demi kemasyhuran media sosial… Gadis bertelekung selfie ketika sujud, biar lengan terdedah demi ‘content’

Netizen menyelar tindakan gadis itu yang dianggap mempersenda Islam.

SUJUD sambil selfie!

Kedengaran tidak masuk akal, namun begitulah tindakan biadab seorang gadis yang mempermainkan solat sehingga dia teruk menjadi mangsa kecaman netizen.

Gadis yang bertelekung warna putih dan ungu itu dilihat sedang sujud di atas sejadah, namun sebelah tangannya diangkat tinggi untuk merakam swafoto.

Hingga kini perkongsian gadis yang dipercayai dari Indonesia itu meraih lebih 100,000 tanda suka.

Namun, semakan pada Rabu petang mendapati hantaran berkenaan serta akaun TikTok milik gadis itu gagal dikesan.

Tangkap layar hantaran kontroversi itu turut dikongsi semula ke laman X sehingga ia tular dalam kalangan rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui bentuk penghinaan, persenda agama dalam masyarakat! Pelaku segeralah bertaubat, kembali kepada Islam

"Disebabkan populariti, sanggup gadaikan agama. Janganlah tunjuk kejahilan tu kat media sosial. Teruk sangat dah ni.

"Hidup berimankan media sosial macam ni la. Generasi rosak. Tenang je mainkan agama.

"Lepas tu kat komen semua budak bodoh rasa benda macam ni lawak.

"Nak buat content pun sampai permainkan solat," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan mempermainkan solat adalah salah di sisi agama dan semua umat Islam perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain