suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa pengantin perempuan meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis, mempelai bernikah di sisi jenazah

Pasangan mempelai dinikahkan di sisi jenazah bapa pengantin perempuan. -Gambar Okezone

VIDEO momen pernikahan sepasang mempelai di Kolaka, wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia menjadi tular di media sosial apabila pasangan itu melangsungkan majlis di sisi jenazah bapa pengantin perempuan.

Dilaporkan, bapa pengantin perempuan yang dikenali sebagai H.Rusli, 54, meninggal dunia pada malam sebelum majlis tersebut iaitu pada 24 November lalu.

Majlis pernikahan sepatutnya dijadualkan berlangsung pada keesokan harinya.

Menerusi video yang dirakam oleh tetamu majlis itu, kelihatan pasangan pengantin, Tarisa dan Edi Muh Jabal dinikahkan di sebeleh jenazah bapa pengantin perempuan.

Esak tangis kedengaran dalam kalangan keluarga dan tetamu jemputan apabila saudara kandung Tarisa dilantik sebagai wali menggantikan arwah bapanya.

Pengantin lelaki juga dilihat berulang kali mengesat air matanya.

Menurut seorang jiran, Erlina, arwah secara tiba-tiba rebah lalu dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

"Saya dengar arwah sudah lama sakit, sakit buah pinggang," kata Erlina.

Jenazah Rusli selamat dikebumikan sejurus acara akad nikah berlangsung. -Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain