suria

Sudahlah culik dan pukul, sekumpulan lelaki kencing atas muka pelajar

Tangkap layar video seorang pelajar dibuli oleh sekumpulan lelaki. -Gambar laman X

SEORANG remaja bukan sahaja didakwa diculik dan dijadikan tebusan, malah diserang oleh sekumpulan lelaki.

Malah, mereka juga membuang air kecil ke atas mangsa.

Menerusi video yang tular di media sosial, kejadian berlaku di Uttar Pradesh, India pada Ahad.

Video tersebut menunjukkan seorang pelajar dipukul tanpa belas kasihan oleh penyerang dan kemudiannya salah seorang daripada mereka membuang air kecil ke atas muka mangsa.

Sementara itu, Polis Uttar Pradesh mendapat maklumat selepas penularan video itu di media sosial.

Seorang pegawai kanan berkata, satu laporan telah dibuat oleh bapa mangsa terhadap tujuh lelaki, di mana seorang daripadanya telah ditahan.

"Seorang pemuda diserang dan kena air kencing, dan kami menyiasat perkara ini terhadap penyerangnya, berdasarkan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa," kata pegawai itu lagi.

Mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam, dan keluarga mencarinya tetapi tidak berhasil.

Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah keesokan hari dan menceritakan pengalaman pahit itu kepada ibu bapanya.

Dilaporkan, beberapa lelaki yang menyerang mangsa adalah rakannya, tetapi keluarga menafikan dakwaan itu. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi