suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan saman restoran, muntah selepas jumpa cebisan jari manusia dalam hidangan salad

Salad merupakan makanan sihat yang menjadi kegemaran ramai. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang sedang menikmati hidangan salad terkejut apabila dia melihat cebisan jari manusia yang terputus di dalam hidangannya.

Menerusi tuntutan yang dibuat di mahkamah pada Isnin, ia berlaku pada 7 April di sebuah restoran yang terletak di New York, Amerika Syarikat (AS).

Menurut saman itu, kejadian menyebabkan plaintif mengalami "kecederaan peribadi yang serius," termasuk tekanan traumatik, gangguan kognitif, muntah dan sakit bahu.

Saman itu mendakwa restoran tersebut dan pekerjanya bersikap cuai yang membawa kepada berlakunya kejadian berkenaan.

Menurut dakwaan dalam saman berkenaan, jari tersebut adalah milik seorang pengurus yang bekerja di restoran itu.

Dia dikatakan terpotong jarinya ketika sedang menyediakan hidangan salad untuk pelanggan.

Ketika kejadian, pengurus itu bergegas ke hospital untuk menerima rawatan, namun dikatakan tertinggal cebisan jarinya di dalam hidangan salad tersebut.

Saman itu difailkan di Mahkamah Agung Westchester County. - NBC News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain