suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlakon ikut pasukan SAR, tembelang pemuda akhirnya terbongkar... Anjing ‘hidu’ jenayah keji rogol dan bunuh budak 8 tahun!

Hasil bedah siasat diperlukan dalam siasatan kes. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan mati dipercayai selepas dirogol dan dicekik dalam kejadian menyayat hati di daerah Narsinghpur, Madhya Pradesh, India.

Lebih mengejutkan, suspek yang tergamak melakukan jenayah kejam itu didakwa turut menyertai operasi mencari mangsa bersama penduduk kampung dan pihak polis semata-mata untuk menutup tindakan jahatnya.

Rahsia suspek bagaimanapun terbongkar apabila khidmat anjing pengesan digunakan susulan penemuan mayat mangsa yang akhirnya menunjuk terus ke rumah lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Narsinghpur, Dr Rishikesh Meena berkata, kejadian berlaku pada Rabu apabila suspek dipercayai menghampiri mangsa ketika waktu rehat di sekolah sebelum memintanya pulang bersama dengan alasan dipanggil bapanya.

Mangsa yang tidak pulang seperti kebiasaan selepas tamat sesi persekolahan menimbulkan panik dalam kalangan keluarganya.

Susulan laporan polis yang dibuat, operasi pencarian yang berlangsung selama kira-kira lapan jam membabitkan anggota polis serta penduduk kampung akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa di dalam sebuah parit di kawasan hutan, kira-kira 1.5 kilometer dari kampung mereka.

Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat rakan-rakan sekolah mangsa, polis meneruskan siasatan dengan bantuan anjing pengesan yang mengecam bau sehingga membawa pasukan penyiasat terus ke kediaman suspek.

Dia yang berusia 22 tahun berjaya ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan penduduk setempat sehingga ratusan orang berhimpun di luar rumah mayat ketika proses bedah siasat dijalankan.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa yang antara lain menuntut hukuman mati terhadap suspek, rumahnya dirobohkan serta pampasan diberikan kepada keluarga mangsa.

Bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, polis dilaporkan membawa pulang mayat mangsa ke kampung melalui laluan berbeza.

Sebagai tanda bantahan terhadap kejadian tragis itu, premis perniagaan di kawasan Gotegaon turut ditutup sementara manakala penduduk mengadakan perarakan lilin bagi menuntut keadilan.

Polis memaklumkan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah khas bagi mempercepatkan proses perundangan. -Agensi

Artikel Lain