SEORANG wanita tampil membuat laporan kepada pihak pihak berkuasa selepas mendakwa menjadi mangsa penderaan fizikal oleh teman lelakinya.Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Seyhan, Adana, Turkiye. Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan detik-detik dia diseret di atas jalan sambil ditarik rambut dan dipukul oleh suspek.Mangsa turut mendakwa dia sudah lama tinggal bersekedudukan bersama lelaki berkenaan, sebelum hubungan mereka dilaporkan semakin tegang akibat konflik yang berpanjangan.Jelasnya, perselisihan faham antara mereka akhirnya bertukar menjadi pergaduhan dan dia menjadi sasaran keganasan secara berulang kali.Bagi membuktikan dakwaannya, wanita itu menyerahkan beberapa rakaman CCTV yang didakwa mengandungi insiden serangan yang berlaku sepanjang tahun 2024 dan 2025 kepada pihak pendakwa raya.Rakaman tersebut kemudiannya dimasukkan sebagai bahan bukti dalam fail siasatan.Susulan pendedahan berkenaan, pihak berkuasa kehakiman mengeluarkan perintah larangan selama sebulan terhadap lelaki terbabit bagi menghalangnya daripada mendekati mangsa.Menerusi rakaman yang tersebar, suspek dilihat menarik rambut wanita itu sehingga dia terjatuh sebelum menyeret mangsa di atas lantai.Rakaman sama turut menunjukkan mangsa dipukul tanpa belas kasihan dalam kejadian yang didakwa berlaku di kawasan kejiranan Karasoku.Sementara itu, mangsa turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya menerusi media sosial dan merayu bantuan pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap suspek.Kes berkenaan kini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti keseluruhan kejadian serta tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap lelaki terbabit. -Agensi