USAHA seorang wanita mahu mengubati demam berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia, dipercayai akibat menerima suntikan yang tidak sesuai ketika mendapatkan rawatan di sebuah farmasi pada Jumaat.Mangsa berusia 55 tahun dikatakan mengalami demam dan selesema sejak beberapa hari lalu sebelum pergi ke farmasi pada Khamis selepas keadaannya masih belum pulih. Menurut ahli keluarga, seorang pekerja farmasi memberikan suntikan ubat kepada mangsa, namun wanita itu tiba-tiba menunjukkan reaksi alahan yang sangat teruk sehingga keadaannya merosot dengan pantas.Keluarga segera membawanya ke hospital daerah Rayagada di Odisha, India tetapi wanita itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan.Susulan laporan polis yang dibuat oleh pihak keluarga, suspek yang merupakan pekerja farmasi terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.Polis berkata punca sebenar kematian hanya dapat dikenal pasti selepas bedah siasat serta pemeriksaan forensik. Tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan. -Agensi