suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga asing makin biadab! Rider kena tampar, dibaling telur tepat atas kepala selepas hantar makanan di kondo

Membaling telur atas kepala seseorang merupakan satu perbuatan biadab. -Gambar hiasan AI

SEORANG penghantar makanan mendakwa dikasari oleh lelaki warga asing selepas menghantar pesanan kepada pelanggan di sebuah kondominium.

Menurut lelaki itu, kejadian berlaku di sebuah kondominium di Soi Udomsuk, Bangkok, Thailand, kira-kira pukul 2 pagi, Ahad lalu.

Selepas membuat laporan polis, mangsa berkongsi pengalamannya di media sosial sebagai peringatan kepada rider lain agar lebih berhati-hati.

Imbas mangsa, dia baru sahaja selesai menghantar pesanan kepada seorang pelanggan sebelum menunggang motosikal keluar dari kondominium itu.

Ketika itu, rider berkenaan ternampak lelaki warga asing itu berdiri di tengah jalan sambil membuat bunyi bising.

Menyangka lelaki itu memerlukan bantuan, mangsa memperlahankan motosikal untuk bertanya keadaan sebelum suspek secara tiba-tiba membaling sebiji telur tepat ke kepalanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak jadi ‘rider’ kampung, syok tinggal di Kelantan... Yakin boleh dapat gaji RM1,000 seminggu

Tidak cukup dengan itu, suspek turut menampar kepala mangsa sebelum beredar sambil ketawa. 

Mangsa yang berang kemudian cuba mengejarnya, namun gagal apabila lelaki berkenaan masuk ke sebuah kondominium berhampiran.

Mangsa kemudian mendapatkan bantuan pengawal keselamatan di kawasan berkenaan. 

Menurut pengawal tersebut, lelaki warga asing itu dipercayai pernah melakukan perbuatan sama terhadap beberapa penghantar makanan sebelum ini.

Selepas kisah berkenaan tular di media sosial, beberapa individu turut mendakwa mempunyai pengalaman dengan lelaki warga asing tersebut.

Antara dakwaan yang timbul termasuk lelaki itu dikatakan beberapa kali meninggalkan restoran tanpa membuat bayaran selepas berpura-pura mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM. -Agensi

Artikel Lain