suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kafe guna haiwan liar sebagai tarikan, pelancong demam selepas digigit anak singa

Haiwan liar tidak sepatutnya dieksploitasi untuk tujuan perniagaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pelancong dilaporkan cedera selepas digigit anak singa di sebuah kafe.

Kejadian melibatkan pelancong warga China itu berlaku di sebuah kafe di Phuket, Thailand.

Menurut kakitangan kafe, suntikan vaksin rabies tidak diperlukan, namun pelancong berkenaan tetap memilih untuk mendapatkannya atas kos sendiri.

Kes itu sekali lagi mencetuskan perdebatan di China mengenai tahap keselamatan kafe yang menggunakan haiwan liar seperti singa sebagai tarikan berbayar.

Pelancong berkenaan terlebih dahulu berkongsi mengenai kejadian itu di media sosial China. 

Menurutnya, anak singa tersebut menggigit lengannya sehingga menyebabkan kulitnya luka.

Kakitangan kafe kemudian membersihkan luka itu menggunakan iodin dan memberitahu singa di kafe berkenaan telah menerima vaksinasi.

Menurut mangsa, dia tidak berdepan sebarang masalah kesihatan serius sejak kejadian itu, namun mengalami demam dan sakit pada lengan selepas menerima suntikan. - Agensi

Artikel Lain