suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita selamat bersalin dalam ambulans ketika gempa bumi, beri nama ‘Gempita’ kepada bayi perempuan

Bayi perempuan seberat 3.6 kilogram diberi nama Agustin Gempita Aurora, sempena gempa bumi yang melanda Nusa Tenggara Timur (NTT) pada Sabtu. -Foto Tribunnews

SEORANG bayi perempuan di Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timur (NTT), dilahirkan dalam suasana cemas selepas gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda wilayah berkenaan pada Sabtu.

Bayi yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram itu diberi nama Agustin Gempita Aurora.

Nama 'Gempita' dipilih sebagai mengabadikan detik luar biasa sewaktu dilahirkan ketika dilanda gempa.

Gempita merupakan anak ketiga kepada wanita bernama Agnes Afrida, yang berasal dari Desa Lenandareta, Kecamatan Paga.

Menurut Ketua Puskesmas (Pusat Kesihatan Masyarakat) Paga, Gabriel Pelo Panditi, ketika gempa berlaku, Agnes yang berada di pusat kesihatan berkenaan sudah mengalami bukaan penuh dan memerlukan bantuan untuk bersalin.

Bagaimanapun, keadaan menjadi cemas apabila gempa menggegarkan kawasan berkenaan.

Bagi mengelakkan risiko akibat kemungkinan kerosakan bangunan dan gempa susulan, petugas kesihatan segera membawa Agnes keluar dari bangunan pusat kesihatan ke lokasi yang lebih selamat.

Agnes kemudiannya dibawa ke halaman Taman Kanak-Kanak (TK) Poli Pawe Alvarez Paga.

Di situ, petugas kesihatan menyediakan ruang bersalin kecemasan dalam ambulans dengan menggunakan peralatan yang ada.

Sekitar pukul 9.02 pagi waktu Indonesia Tengah (WITA), Agnes akhirnya selamat melahirkan anak ketiganya secara normal.

Gabriel berkata, keadaan ibu dan bayi terus dipantau oleh petugas kesihatan sementara menunggu keadaan benar-benar selamat. -Agensi

Artikel Lain