Kebanyakan pemilik kediaman memilih untuk memasang CCTV sebagai langkah keselamatan daripada kejadian jenayah. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki berusia 23 tahun kantoi mencuri pakaian dalam milik jirannya, selepas perbuatan tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).Kejadian dilaporkan berlaku di di Desa Singopadu, Sragen, Jawa Tengah. Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan mengaku sudah empat kali mengambil pakaian dan seluar dalam dari rumah mangsa.Menurut Ketua Polis Sektor Sidoharjo, AKP Fri Gunawan, kejadian terbongkar selepas mangsa menyedari pakaian dalam yang disimpan di dalam almari bilik sering hilang.Mangsa kemudian memasang CCTV di dalam rumah bagi mengenal pasti individu yang mencuri barangan berkenaan.Ketika memeriksa rakaman pada Selasa lalu, mangsa mendapati seorang lelaki memasuki rumahnya dan mengambil pakaian dalam sekitar pukul 9.50 malam, Isnin.Mangsa yang mengenali lelaki terbabit kemudian membuat laporan kepada ketua rukun tetangga (RT) dan pertubuhan belia setempat sebelum suspek dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.Hasil soal siasat mendapati suspek mengakui perbuatannya dan memberitahu sudah empat kali mencuri pakaian serta seluar dalam mangsa.Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil wang tunai kira-kira Rp1 juta (RM262) milik mangsa.Bagaimanapun, kes tersebut berakhir secara damai selepas mangsa tidak mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap suspek."Kami mempertemukan suspek dengan mangsa dan pihak mangsa memilih untuk berdamai," katanya.Proses mediasi kemudian dijalankan dengan kehadiran tokoh masyarakat setempat sebelum kedua-dua pihak menandatangani surat persetujuan damai.Dalam perjanjian itu, suspek bersetuju memulangkan wang yang dicurinya."Sebanyak Rp500,000 (RM131) sudah dipulangkan, manakala bakinya akan dibayar mengikut perjanjian," katanya.Polis bagaimanapun akan memantau suspek bagi memastikan dia tidak mengulangi perbuatan sama.Menurut Fri, sekiranya suspek mengulangi kesalahan tersebut, tindakan undang-undang akan diambil. -Agensi