SEORANG ibu kepada lima cahaya mata ditemukan maut dengan kesan melecur di beberapa bahagian badan akibat renjatan elektrik.Lebih menyedihkan, suaminya didakwa menjadi dalang di sebalik kejadian yang meragut nyawa wanita berusia 32 tahun itu. Selepas ditahan polis, suami mangsa mengaku membunuh wanita berkenaan gara-gara pertikaian mengenai sebidang tanah.Lelaki itu mengaku bertindak ganas selepas isterinya enggan menjual tanah pusaka yang diwarisi daripada ibu bapanya.Kejadian tragis itu berlaku di Uttar Pradesh, India, pada 14 Ogos.Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Polis Rampur, Anurag Singh berkata, kecederaan dialami mangsa turut dikesan di bahagian sulit."Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di enam bahagian. Kesan renjatan elektrik turut ditemukan pada bahagian sulitnya," katanya.Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama 13 tahun dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu empat perempuan dan seorang lelaki. -Agensi