suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara tak siap kerja sekolah, murid meninggal dunia atas riba guru selepas ditampar

Mangsa dilihat rebah selepas ditampar guru terbabit.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia selepas beberapa saat ditampar oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Insiden berlaku di sebuah sekolah swasta di Visakhapatnam, Andhra Pradesh, India membabitkan murid kelas tadika rendah atau Lower Kindergarten (LKG).

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam kelas, guru terbabit dilihat memarahi kanak-kanak itu sebelum mangsa mula menangis dan menggerakkan tangan dalam keadaan cemas seolah-olah sedang merayu dan ketakutan.

Guru berkenaan bagaimanapun dilihat terus memarahinya sambil membetulkan baju dan seluar mangsa sebelum menampar pipinya.

Beberapa saat kemudian, kanak-kanak itu tiba-tiba rebah di atas riba guru berkenaan.

Panik dengan situasi tersebut, guru tersebut dilihat cuba memegang dan mengangkat mangsa, namun kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor yang melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, punca rasmi kematiannya masih belum diumumkan dan belum dapat dipastikan sama ada insiden di dalam kelas mempunyai kaitan langsung dengan kematian mangsa.

Dalam pada itu, bapa kanak-kanak itu mendakwa pihak sekolah tidak menghubunginya bagi melaporkan kejadian berkenaan.

Sebaliknya, dia hanya mengetahui nasib anaknya menerusi beberapa tukang masak tempatan yang bekerja di tempat abang iparnya.

Polis dilaporkan sudah merampas rakaman CCTV berkenaan untuk membantu siasatan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut serta menentukan sama ada wujud unsur kecuaian atau kesalahan jenayah. -Agensi

Artikel Lain