suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang terkejut jumpa video adik OKU kena cabul penjaga di rumah anak yatim, rupanya sudah jadi pemuas nafsu hampir 2 tahun

Individu yang menjadi mangsa jenayah seksual lazimnya mengalami trauma untuk jangka masa panjang. -Gambar hiasan

PERBUATAN cabul terhadap seorang remaja kurang upaya oleh penjaga di sebuah rumah anak yatim terbongkar susulan penemuan bukti berbentuk video di dalam telefon bimbit pelaku.

Mangsa yang baru berusia 14 tahun merupakan seorang remaja dengan cacat penglihatan menetap di Rumah Anak Yatim Baitul Yatim di Tandes, Surabaya bersama abang sulungnya sejak kecil.

Mereka berdua diletakkan di rumah berkenaan selepas ibu mereka bekerja sebagai pekerja asing di luar negara.

Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Surabaya, AKP Hadi Ismanto, pelaku berusia 22 tahun merupakan anak kepada pemilik rumah anak yatim tersebut ditahan oleh polis.

Ujarnya, perbuatan tidak bermoral itu telah dilakukan berulang-kali oleh suspek sejak akhir tahun 2024 hingga pertengahan tahun 2026.

Ujarnya, kejadian terbongkar apabila abang mangsa secara tidak sengaja menemui video kelakuan jenayah seksual di dalam telefon suspek.

Penemuan itu kemudiannya disampaikan kepada ibunya yang berada di luar negara.

Ibu mangsa kemudiannya meminta bantuan ahli keluarga lain yang bertindak membuat laporan polis pada pertengahan Julai 2026.

Hadi menambah, suspek sering mengumpan untuk meminjamkan telefon miliknya bagi mendekati mangsa.

Suspek bukan sahaja melakukan sentuhan fizikal seksual, malah dipercayai mengeluarkan ugutan untuk menutup mulut mangsa.

Ujarnya, suspek bakal didakwa dengan pelbagai pertuduhan berkaitan perlindungan kanak-kanak dan keganasan seksual jenayah.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan agar rumah anak yatim berkenaan ditutup buat sementara waktu bagi siasatan dijalankan.

Seramai 35 penghuni rumah anak yatim berkenaan pula diminta dikembalikan kepada keluarga masing-masing. -Agensi 

 

Artikel Lain