suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 28 tahun buat laporan polis palsu, bengang teman lelaki warga emas tak luang masa bersama

Persefahaman penting dalam sesebuah hubungan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara empat hari pada Jumaat selepas mengaku bersalah membuat laporan polis palsu terhadap teman lelakinya yang berusia 60 tahun.

Wanita dikenali sebagai Tang Pei Si mendakwa teman lelakinya yang bekerja sebagai pemandu bas telah mencuri wang miliknya selain memukul dan memulas tangannya.

Namun siasatan mendapati laporan itu dibuat susulan pertelingkahan hubungan selepas wanita berkenaan berang kerana teman lelakinya tidak meluangkan masa bersamanya.

Pasangan itu dilaporkan sudah menjalin hubungan selama kira-kira 10 tahun. 

Pada 6 Oktober 2024, Tang datang ke terminal bas Hougang di Singaoura sekitar 2 petang untuk bertemu teman lelakinya yang ketika itu mahu bekerja.

Lelaki terbabit tiba kira-kira 25 minit kemudian kerana hujan sebelum mereka makan bersama. 

Selepas itu, dia mahu memulakan tugasnya sebagai pemandu bas, namun Tang menarik uniformnya dan cuba menghalangnya daripada pergi kerana kecewa tidak mendapat lebih banyak masa bersamanya.

Pertengkaran turut dikaitkan dengan wang S$400 (kira-kira RM2,900) yang sebelum itu dipinjam Tang daripada teman lelakinya. 

Selepas memulangkan wang berkenaan, wanita itu dikatakan berubah fikiran dan mahu mengambilnya semula untuk membeli pakaian serta kasut, tetapi permintaannya ditolak.

Tidak lama kemudian, Tang menaiki bas nombor 112 yang dipandu teman lelakinya dan duduk di bahagian hadapan.

Berang kerana merasakan dirinya diabaikan, dia kemudian menghubungi polis dan membuat dakwaan bahawa teman lelakinya mencuri wang, memukulnya serta memulas tangan kirinya.

Akibat laporan tersebut, pemandu bas berkenaan terpaksa memberhentikan kenderaan dan menunggu kehadiran polis.

Tiga penumpang yang berada di dalam bas turut terpaksa turun dan menunggu bas seterusnya.

Bagaimanapun, Tang akhirnya mengakui kepada polis bahawa laporan berkenaan adalah palsu dan dibuat kerana pertikaian peribadi dengan teman lelakinya.

Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan membuat laporan palsu dan dihukum penjara selama empat hari.-Agensi

 

Artikel Lain