suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri matikan suis CCTV, tak tinggal jejak digital tragedi pembunuhan suami dalam rumah sendiri!

Pertengkaran sesama ahli keluarga mampu membawa padah hingga meragut nyawa. -Gambar hiasan AI

GARA-GARA pertengkaran kecil berkaitan ubat untuk anak, seorang jurutera perisian maut selepas didakwa dipukul ahli keluarga isterinya sendiri.

Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan ibu bapa mangsa yang hanya mampu merayu supaya kumpulan berkenaan berhenti memukul anak lelaki mereka.

Dalam kejadian di Nihal Vihar, Delhi, India pada Jumaat, mangsa, Vinay Gupta, 31, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.

Ibu mangsa, Renu Gupta berkata, sebelum kejadian beberapa ahli keluarga menantunya datang ke rumah dengan alasan mahu berbincang dengan Vinay.

Namun keadaan bertukar kecoh apabila mangsa didakwa diserang secara tiba-tiba.

"Suami saya berkali-kali meminta mereka supaya jangan pukul anak kami dan berbincang dengan baik, tetapi mereka langsung tidak hiraukan.

"Mereka menolaknya ke lantai dan memukulnya dengan teruk. Saya juga ditolak," katanya.

Menurut Renu, anaknya ditindih sebelum dipukul dan ditendang terutama pada bahagian perut.

"Saya cuma pergi nak ambilkan air untuk mereka, sekembalinya, saya nampak mereka sudah menindih anak saya.

"Mereka mencampaknya ke atas katil dan memegang lehernya. Mereka menendang serta menumbuk perutnya," dakwanya lagi.

Dalam keadaan cemas, Renu keluar dari rumah untuk meminta pertolongan jiran, namun mendakwa keadaan anaknya sudah tidak bermaya apabila dia kembali.

"Apabila saya kembali, mereka sudah 'habiskan' anak saya. Saya hanya ada seorang anak," luahnya dalam kesedihan.

Vinay yang menetap di Laxmi Park bekerja sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat multinasional (MNC) di Noida.

Dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Rekha, 31, kira-kira tiga tahun lalu dan pasangan berkenaan dikurniakan bayi kembar yang kini berusia empat bulan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai tercetus selepas Vinay meminta isterinya menyapu ubat pada tubuh anak lelaki mereka yang mengalami masalah lepuh.

Bagaimanapun, permintaan tersebut dikatakan membawa kepada pertengkaran selepas Rekha didakwa enggan berbuat demikian.

Susulan pertengkaran itu, wanita tersebut dipercayai keluar dari rumah sebelum menghubungi dua abang serta kakak iparnya.

Polis turut mendapati kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam rumah telah dimatikan oleh Rekha sebelum kejadian berlaku.

Susulan kejadian, Rekha bersama dua abangnya, Raju dan Vedprakash serta kakak iparnya, Poonam ditahan polis.

Polis kini meneliti rakaman CCTV selain mengambil keterangan jiran dan ahli keluarga bagi mengenal pasti kronologi sebenar kejadian. -Agensi

Artikel Lain