suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal depan mata anak 3 tahun! Wanita lambat hidang makanan dipukul guna batang besi, mayat ‘difitnah’ cuba ambil nyawa sendiri

Kanak-kanak tiga tahun jadi saksi kematian ibunya di rumah. -Gambar hiasan AI

GARA-GARA terlambat menghidangkan makanan, seorang wanita berusia 26 tahun maut dipercayai akibat dipukul dengan batang besi sebelum dicekik oleh abang iparnya sendiri.

Lebih memilukan, kejadian tersebut dipercayai disaksikan anak perempuan mangsa yang baru berusia tiga tahun.

Malah, keterangan kanak-kanak itu menjadi antara petunjuk penting yang membantu polis membongkar kejadian sebenar selepas kematian mangsa yang pada awalnya dilaporkan maut akibat membunuh diri.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di Kampung Pure Diwan, Amethi, India pada 20 Ogos lalu membabitkan mangsa dikenali sebagai Poonam dan suspek, Dev.

Menurut polis, pertengkaran antara Poonam dan abang iparnya bermula susulan kelewatan mangsa menyediakan hidangan.

Pertengkaran itu bagaimanapun bertukar menjadi ganas sehingga Dev didakwa menyerang Poonam menggunakan batang besi sebelum mencekiknya sehingga terputus nyawa.

Suspek kemudiannya bertindak licik cuba menyembunyikan jenayah terbabit dengan mereka-reka kejadian seolah Poonam membunuh diri.

Disebabkan taktik itu, kes tersebut pada awalnya didaftarkan sebagai bunuh diri sebelum beberapa petunjuk mencurigakan timbul, sekali gus mendorong polis melakukan siasatan terperinci dan mengklasifikasikannya semula sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Amethi, Sarvanan T berkata, pihaknya turut menemukan batang besi yang dipercayai digunakan ketika serangan tersebut.

Hasil pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan cubaan suspek membersihkan darah pada objek tersebut, menjadikannya antara bahan bukti kukuh dalam siasatan.

Proses bedah siasat yang dijalankan oleh dua pakar perubatan di bawah rakaman video kemudiannya mengesahkan bahawa Poonam meninggal dunia akibat dicekik.

Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan kecederaan pada bahagian muka dan leher mangsa, namun doktor tidak dapat memastikan objek sebenar yang digunakan untuk mencekiknya.

Antara perkembangan penting dalam siasatan muncul apabila polis mendapatkan keterangan anak perempuan Poonam yang berusia tiga tahun dengan ditemani seorang anggota polis wanita.

Kanak-kanak tersebut memberitahu polis bahawa suspek yang membunuh ibunya.

Susulan itu, keterangan si kecil berkenaan bersama hasil pemeriksaan forensik serta soal siasat terhadap suspek membantu polis menyusun semula kronologi kejadian sebelum pertuduhan bunuh dibuat.

Dev kemudiannya ditahan pada Sabtu. -Agensi

Artikel Lain