suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal di tangan lima rakan… Perlakuan kejam pada bahagian kemaluan mangsa cukup menyeksakan!

Tiga daripada lima suspek berjaya ditahan polis. -Foto Detik

PERLAKUAN kejam dan tidak berperikemanusiaan menimpa seorang lelaki apabila dia diseksa hingga maut oleh lima individu.

Mereka bukan sahaja memukul dan menetaknya, malah tergamak menitiskan lilin panas serta membakar anggota badannya.

Mangsa, Triyanto, 40, yang mesra disapa Munil, merupakan penduduk tempatan di Pringading Guwosari, Pajangan, Bantul, Indonesia.

Menurut polis, tiga daripada lima suspek yang berusia antara 21 hingga 26 tahun sudah ditahan, manakala dua lagi yang dikenali masih diburu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bantul, Asisten Komisioner Polis Subihan Afuan Ardhi berkata, kejadian bermula kira-kira pukul 7 malam pada Sabtu, 22 Ogos lalu.

Ketika itu, mangsa sedang minum minuman keras bersama dua daripada lima suspek di Ngestiharjo, Kasihan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka didakwa tiba-tiba naik berang dengan tingkah laku Munil sebelum menyerangnya menggunakan tangan kosong serta sebilah sabit yang ditusuk pada bahagian belakang badannya.

Selepas serangan tersebut, mangsa dibawa menaiki motosikal menuju ke rumah seorang lagi suspek.

Bagaimanapun, dalam perjalanan, mereka berhenti di sebuah gerai makanan di Wirobrajan, Yogyakarta untuk membeli teh ais sebelum terserempak dengan seorang lagi suspek.

"Ketika berada di gerai tersebut, mereka bertemu seorang lagi suspek sebelum mangsa sekali lagi dipukul dan ditetak pada bahagian kepala menggunakan senjata tajam.

"Mangsa turut ditendang sebanyak dua kali," kata Subihan.

Penyeksaan terhadap mangsa dipercayai berterusan sebaik sahaja mereka tiba di kediaman yang dituju.

"Di sini, mangsa ditikam menggunakan senjata tajam selain ditendang di bahagian lehernya.

"Salah seorang suspek kemudian menitiskan lilin panas pada tubuh mangsa serta membakar bulu kemaluannya," katanya. -Agensi

Artikel Lain