suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berjalan sendirian dalam pusat beli belah, lelaki maut jatuh eskalator dari tingkat 4... Punca kejadian kekal misteri

Mangsa ditemukan maut di lokasi kejadian. -Foto Channel 8

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli-belah pada Ahad malam.

Mangsa dipercayai sedang menuruni eskalator dari tingkat empat sebelum terjatuh dan mendarat di atas eskalator pada aras bawah.

Mangsa yang cedera parah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang saksi yang tidak dinamakan mendakwa lelaki itu berjalan seorang diri sewaktu dia sedang menuruni eskalator dari tingkat empat.

Menurut saksi, mangsa sempat memegang berpaut pada pemegang eskalator sebelum terjatuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergelincir sebelum baju tersangkut... Lelaki maut 18 minit tersepit dekat eskalator, sedih orang awam hanya lalu langsung tak bantu!

Insiden tersebut berlaku di sebuah pusat beli-belah berhampiran Persimpangan Asok, Bangkok, Thailand.

Anggota dari Balai Polis Lumpini bersama pasukan penyelamat hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan membantu menguruskan kejadian.

Identiti serta kewarganegaraan mangsa yang berusia antara 30 hingga 40 tahun itu masih belum didedahkan kepada umum.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengetahui perkara yang berlaku sebelum mangsa terjatuh dan punca sebenar kejadian.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum menentukan mengapa lelaki tersebut terjatuh, termasuk sebarang kesimpulan mengenai niatnya atau punca kematian. - Agensi

Artikel Lain