suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua pusat jagaan orang kurang upaya rogol tiga penghuni, berulang kali lakukan serangan fizikal

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG bekas ketua pusat jagaan orang kurang upaya dipenjara 15 tahun selepas didapati bersalah merogol penghuni pusat berkenaan.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarga Kim itu dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul, Korea Selatan pada Rabu.

Kim didapati bersalah atas beberapa pertuduhan termasuk rogol yang menyebabkan kecederaan terhadap mangsanya.

Pihak pendakwaan sebelum ini menuntut hukuman penjara 20 tahun.

Kes berkenaan membabitkan tiga penghuni Saekdongwon, sebuah pusat kediaman untuk individu yang mengalami kecacatan perkembangan teruk di Incheon.

Kim didakwa merogol tiga penghuni pusat tersebut dan melakukan serangan fizikal berulang kali terhadap seorang lagi penghuni.

Kes itu dibicarakan di Bahagian Jenayah ke-29 Mahkamah Daerah Pusat Seoul yang dipengerusikan Ketua Hakim Eom Ki-pyo. - Agensi.

 

Artikel Lain