SEORANG pemilik hartanah berdepan tuduhan cubaan membunuh selepas didakwa menembak lelaki yang menceroboh gelanggang sabung ayam miliknya.Chinnakrit, 46, didakwa menembak dan memukul Kantinan, 30, selepas lelaki itu ditangkap sedang mecerobohi premis miliknya pada 30 Ogos lalu. Menurut polis, pemilik premis itu melarikan diri selepas dia menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan kejadian berkenaan.Apabila polis tiba, mereka menemukan Kantinan dalam keadaan kritikal sebelum mangsa dikejarkan ke sebuah hospital.Kantinan mengalami luka tembakan pada kedua-dua belah kakinya selain cedera di bahagian belakang kepala dan muka.Mangsa turut mengalami pendarahan pada hidung dan mulut akibat kecederaan yang dialaminya.Chinnakrit kemudiannya menyerah diri di balai polis kerana tahu dirinya sedang diburu pihak berkuasa.Ketika soal siasat, Chinnakrit mendakwa dia melakukan serangan selepas pemuda itu mencuri barangan di premisnya.Siasatan masih dijalankan berikutan terdapat percanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh suspek berhubung kejadian itu.Kejadian itu berlaku di Wang Dong, Mueang Kanchanaburi, Thailand. - Agensi