suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tak dilayan ketika mahu buat laporan, dakwa semua anggota polis sedang tidur di balai

Setiap aduan atau laporan daripada orang awam tidak sepatutnya dipandang ringan. -Gambar hiasan

BEBERAPA anggota polis disiasat selepas mereka didakwa tidur ketika bertugas dan tidak menghiraukan orang awam yang datang ke balai untuk membuat laporan.

Kes itu tular selepas pengadu memberitahu beberapa agensi berita tentang layanan teruk yang diterimanya di Balai Polis Lat Lum Kaeo, Pathum Thani, Thailand.

Dalam kejadian pada minggu lalu, lelaki itu mendakwa keadaan di balai tersebut sunyi sebelum dia menyedari semua anggota polis sedang nyenyak tidur.

Malah, mereka juga didakwa memarahi individu itu kerana berang selepas dikejutkan.

Menurutnya, dia hadir ke balai itu untuk membuat aduan tentang seorang gelandangan yang mengalami ketagihan dadah.

Susulan pendedahan itu, Ketua Polis Wilayah Pathum Thani, Peerapol Chotikasthien mengarahkan satu siasatan dalaman dijalankan.

Peerapol mengarahkan Ketua Balai Polis Lat Lum Kaeo memanggil pengadu untuk memberikan maklumat lanjut, termasuk mengenal pasti anggota terlibat.

Malah, siasatan itu diarahkan supaya diselesaikan dalam tempoh tiga hari. - Agensi.

Artikel Lain